Sotong Katak (bahasa Inggeris:Cuttlefish) ialah haiwan laut dalam order Sepiida. Sotong katak tergolong dalam kelas Cephalopoda (yang juga termasuk sotong, kurita, dan nautilus). Kajian terkini menunjukkan sotong katak merupakan antara invertebrata yang paling bijak.[1] Sotong katak juga mempunyai salah satu daripada kadar otak terbesar dalam semua invertebrata berbanding saiz badannya.[1]
Sotong katak mempunyai cangkerang dalaman (tulangnya), pupil berbentuk W yang besar, dan lapan lengan dan dua tentakel dengan penghisap bergigi kecil, digunakan untuk menangkap mangsanya. Sotong katak biasanya ada pelbagai saiz daripada 15 cm (5.9 in) hingga 25 cm (9.8 in), dengan spesies terbesar, Sepia apama, mencapai 50 cm (20 in) dalam panjang mantel dan beratnya melebihi 10.5 kg (23 lb).[2]
Sotong Katak (bahasa Inggeris:Cuttlefish) ialah haiwan laut dalam order Sepiida. Sotong katak tergolong dalam kelas Cephalopoda (yang juga termasuk sotong, kurita, dan nautilus). Kajian terkini menunjukkan sotong katak merupakan antara invertebrata yang paling bijak. Sotong katak juga mempunyai salah satu daripada kadar otak terbesar dalam semua invertebrata berbanding saiz badannya.
Sotong katak mempunyai cangkerang dalaman (tulangnya), pupil berbentuk W yang besar, dan lapan lengan dan dua tentakel dengan penghisap bergigi kecil, digunakan untuk menangkap mangsanya. Sotong katak biasanya ada pelbagai saiz daripada 15 cm (5.9 in) hingga 25 cm (9.8 in), dengan spesies terbesar, Sepia apama, mencapai 50 cm (20 in) dalam panjang mantel dan beratnya melebihi 10.5 kg (23 lb).