dcsimg
Image of Halobacteriaceae
Creatures »

Archaeans

Archaea

Arkea ( Malay )

provided by wikipedia MS

Arkea (bahasa Greek: αρχαία yang bermaksud "yang tua"), juga dikenali sebagai arkeabakteria, merupakan satu divisi organisma hidup yang utama. Walaupun filogeni yang tepat masih tidak dapat dipastikan untuk kumpulan-kumpulan ini, Arkea, Eukariot, dan Bakteria merupakan kelas asas dalam apa yang digelarkan sistem tiga domain. Serupa dengan bakteria, Arkea merupakan organisma unisel yang tidak mempunyai nukleus dan oleh itu, dikelaskan sebagai Prokariot — dikenali sebagai Monera dalam taksonomi lima alam. Pada asalnya, Arkea hanya didapati di persekitaran keterlaluan, tetapi kini terdapat di semua jenis habitat.

Sejarah

Arkea telah dikenal pasti pada tahun 1977 oleh Carl Woese dan George Fox berdasarkan pemisahannya daripada prokariot yang lain dalam pohon filogentik rRNA 16S. Pada mulanya, kedua-dua kumpulan masing-masing dinamakan Arkeabakteria dan Eubakteria, dan diolahkan sebagai alam atau subalam yang diistilahkan oleh Woses dan Fox sebagai "Uralam" (Urkingdom). Woese menghujahkan bahawa Arkea pada dasarnya merupakan satu cabang hidupan yang berlainan. Beliau kemudian menamakan semula kumpulan Arkea dan kumpulan Bakteria untuk menegaskan perkara ini, dan memperdebatkan bahawa bersama-sama dengan Eukariot, Arkea merupakan salah satu daripada tiga domain hidupan.

Istilah biologi Arkea harus tidak dikelirukan dengan frasa geologi lain iaitu "eon Arkean" yang juga dikenali sebagai Era Arkeozoik. Istilah kedua ini merujuk kepada zaman primordium dalam sejarah bumi ketika Arkea dan Bakteria kedua-dua merupakan organisma bersel yang tunggal di planet ini. Fosil-fosil yang mungkin berasal daripada mikrob ini telah ditarikhkan hampir 3.8 bilion tahun dahulu (3,800 juta tahun dahulu).

Rujukan

  1. ^ Petitjean, C., Deschamps, P., López-García, P., and Moreira, D. (2014). "Rooting the Domain archaea by phylogenomic analysis supports the foundation of the new kingdom proteoarchaeota". Genome Biol. Evol. 7: 191–204.Selenggaraan CS1: Pelbagai nama: senarai pengarang (link)
  2. ^ "NCBI taxonomy page on Archaea".

Bacaan tambahan

 src=
Pokok filogenetik berdasarkan data rRNA yang menunjukkan pemisahan bakteria, arkea, dan eukariot.
Pengertian Arkea dalam Wikikamus bahasa Melayu, sebuah kamus bebas. Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Arkea
license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Arkea: Brief Summary ( Malay )