dcsimg

Cacatua ( Malay )

provided by wikipedia MS

Cacatua adalah satu genus kakaktua yang ditemui bermula di Filipina dan timur Wallacea sehingga ke Kepulauan Solomon dan selatan Australia. Ia memiliki bulu berwarna putih (beberapa spesies memiliki warna merah jambu atau kuning), sebuah jambul yang mengagumkan dan paruh berwarna hitam (subgenus Cacatua) atau pucat (subgenus Licmetis). Pada hari ini, beberapa spesies dalam genus ini diancam kepupusan di sebabkan sama ada kehilangan habitat atau penangkapan burung liar bagi tujuan perdagangan. Kakaktua Mata Biru, Kakaktua Maluku dan Kakaktua Payung dianggap sebagai spesies Terjejas, Kakaktua Dubur Merah dianggap Terancam, dan Kakaktua Jambul Kuning dianggap Terancam Teruk.

Genus ini pertama kali diperincikan oleh Brisson pada tahun 1790, dengan Kakaktua Putih (Cacatua alba) didesignasikan sebagai spesies jenis. Georges Cuvier mentakrifkan genus Kakatoe pada tahun 1800, dengan Kakaktua Dubur Merah (C. haematuropygia) sebagai satu jenis, dan beberapa buku-buku burung yang lebih lama menggunakan nama yang kedua. Mayr, Keast dan Serventy mengesahkan Cacatua pada tahun 1964, dan menggugurkan nama Kakatoe.[1]

Spesies

Rujukan

  1. ^ Mayr EW, Keast A, Serventy DL (1964). "The name Cacatua Brisson, 1760 (Aves): Proposed validation under the Plenary Powers Z.N. (S.) 1647". Bulletin of Zoological Nomenclature. 21: 372–74.Selenggaraan CS1: Pelbagai nama: senarai pengarang (link)
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Cacatua
  • Juniper, T., & M. Parr (1998). A Guide to the Parrots of the World. Pica Press, East Sussex. ISBN 1-873403-40-2
license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Cacatua: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS

Cacatua adalah satu genus kakaktua yang ditemui bermula di Filipina dan timur Wallacea sehingga ke Kepulauan Solomon dan selatan Australia. Ia memiliki bulu berwarna putih (beberapa spesies memiliki warna merah jambu atau kuning), sebuah jambul yang mengagumkan dan paruh berwarna hitam (subgenus Cacatua) atau pucat (subgenus Licmetis). Pada hari ini, beberapa spesies dalam genus ini diancam kepupusan di sebabkan sama ada kehilangan habitat atau penangkapan burung liar bagi tujuan perdagangan. Kakaktua Mata Biru, Kakaktua Maluku dan Kakaktua Payung dianggap sebagai spesies Terjejas, Kakaktua Dubur Merah dianggap Terancam, dan Kakaktua Jambul Kuning dianggap Terancam Teruk.

Genus ini pertama kali diperincikan oleh Brisson pada tahun 1790, dengan Kakaktua Putih (Cacatua alba) didesignasikan sebagai spesies jenis. Georges Cuvier mentakrifkan genus Kakatoe pada tahun 1800, dengan Kakaktua Dubur Merah (C. haematuropygia) sebagai satu jenis, dan beberapa buku-buku burung yang lebih lama menggunakan nama yang kedua. Mayr, Keast dan Serventy mengesahkan Cacatua pada tahun 1964, dan menggugurkan nama Kakatoe.

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS