dcsimg

Burung Dendang Air ( Malay )

provided by wikipedia MS

Burung Dendang Air Phalacrocorax carbo Vic.jpg Di Victoria, Australia. Status pemuliharaan Pengelasan saintifik e Takson tidak dikenali (baiki): Phalacrocorax Spesies: Templat:Taxonomy/PhalacrocoraxP. carbo Nama binomial Phalacrocorax carbo
(Linnaeus, 1758) Great Cormorant Range.png Global map of eBird reports of the great cormorant Year-Round Range Summer Range Winter Range Sinonim

Pelecanus carbo Linnaeus, 1758

Burung Dendang Air dewasa bulu mengawan. Texel, Netherlands (2010)
[[{{{Ksubspesies}}}]]

sinensis


Burung Dendang Air (bahasa Inggeris: "Great Cormorant") merupakan salah satu daripada burung yang terdapat di Malaysia serta di pantai Atlantik Amerika Utara. Ia juga dikenali sebagai burung Pependang Air. Burung ini merupakan spesies yang amat biasa dan terlalu banyak. Nama sainsnya Phalacrocorax carbo sinensis. [2], [3]

Ciri-ciri

Burung Dendang Air merupakan burung hitam yang besar. Panjangnya dikalangan 77 hingga 94 sentimeter dengan rentang sayap selebar 121-149 sentimeter. Burung ini mempunyai ekor yang panjang serta tompok kuning di kerongkong. Burung dewasa mempunyai tompok putih di paha pada musim pembiakan.

Burung Dendang Air adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi.

Jantung Burung Dendang Air terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Makanan

Burung Dedang Air makan pelbagai ikan di laut, muara, tasik air tawar dan sungai. Walaupun burung ini boleh menyelam, ia biasanya makan di kawasan air yang cetek. Di United Kingdom, burung ini didapati menyelam selama 20-30 saat, dengan masa pemulihan selama satu pertiga masa penyelaman.

Pelbagai gambaran dan bulu pelepah

Pembiakan

Burung Dendang Air membiak khususnya di pantai-pantai, cenuram-cenuram dan pokok-pokok yang kemudian dibunuh oleh tahi burung ini. 3-4 telur dihasilkan dalam sarang rumpai laut ataupun ranting-ranting kering.

Perlindungan

Burung Dendang Air merupakan burung yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Malaysia.

Rujukan

Pautan luar


Senarai burung Burung merpati A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z
license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Burung Dendang Air: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS


Burung Dendang Air (bahasa Inggeris: "Great Cormorant") merupakan salah satu daripada burung yang terdapat di Malaysia serta di pantai Atlantik Amerika Utara. Ia juga dikenali sebagai burung Pependang Air. Burung ini merupakan spesies yang amat biasa dan terlalu banyak. Nama sainsnya Phalacrocorax carbo sinensis. ,

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS