dcsimg

Burung Emu ( Malay )

provided by wikipedia MS

 src=
egg of Dromaius novaehollandiae
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Burung Emu.

Burung Emu (Dromaius novaehollandiae) ialah burung asli Australia yang terbesar, serta burung tak terbang yang kedua terbesar di dunia, iaitu selepas saudara ratitnya, burung unta. Burung ini juga merupakan ahli tunggal dalam genus Dromaius yang masih wujud. Subspesies Emu yang hidup di Tasmania terpupus selepas penempatan orang Eropah di Australia pada tahun 1788; taburan subspesies di tanah besar Australia kini juga terjejas oleh kegiatan-kegiatan manusia.

Pada suatu ketika, banyak burung Emu terdapat di pantai timur Australia tetapi kini, burung ini jarang didapati di sana; sebaliknya perkembangan pertanian dan pembekalan air untuk ternakan di kawasan pedalaman benua ini telah menambahkan tempat kediaman burung Emu di kawasan-kawasan yang kering. Burung Emu masih banyak terdapat di tanah besar Australia, walaupun burung ini mengelakkan kawasan-kawasan yang penuh sesak atau terlalu kering, serta hutan-hutan padat.

Burung Emu mempunyai bulu lembut yang berwarna coklat dan boleh mencapai ketinggian sebanyak dua meter dan berat sebanyak 45 kilogram. Burung ini ialah haiwan berkelana, dan boleh membuat perjalanan jarak panjang untuk mencari makanan yang termasuk berbagai-bagai tumbuhan dan serangga. Jika perlu, burung ini boleh mencapai 50 kilometer sejam (31 batu sejam) untuk setakat masa. [2] Burung Emu diternakkan untuk daging, minyak, dan kulitnya.

  • Telurnya gelap hijau hitam
  • Bekerja sama walaupun binatang
  • Telur dieram oleh yang jantan.

Rujukan

  1. ^
  2. ^ a b c Davies, S.J.J.F. (2003). Hutchins, Michael, penyunting. Emus. Grzimek's Animal Life Encyclopedia (edisi 2). Farmington Hills, MI: Gale Group. m/s. 83–87. ISBN 0-7876-5784-0.
  3. ^ a b Brands, Sheila (14 August 2008). "Systema Naturae 2000 / Classification, Dromaius novaehollandiae". Project: The Taxonomicon. Dicapai 4 February 2009.
  4. ^ a b "Names List for Dromaius novaehollandiae (Latham, 1790)". Department of the Environment, Water, Heritage and the Arts. Dicapai 3 November 2008.

Pautan luar

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Burung Emu: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS

Burung Emu (Dromaius novaehollandiae) ialah burung asli Australia yang terbesar, serta burung tak terbang yang kedua terbesar di dunia, iaitu selepas saudara ratitnya, burung unta. Burung ini juga merupakan ahli tunggal dalam genus Dromaius yang masih wujud. Subspesies Emu yang hidup di Tasmania terpupus selepas penempatan orang Eropah di Australia pada tahun 1788; taburan subspesies di tanah besar Australia kini juga terjejas oleh kegiatan-kegiatan manusia.

Pada suatu ketika, banyak burung Emu terdapat di pantai timur Australia tetapi kini, burung ini jarang didapati di sana; sebaliknya perkembangan pertanian dan pembekalan air untuk ternakan di kawasan pedalaman benua ini telah menambahkan tempat kediaman burung Emu di kawasan-kawasan yang kering. Burung Emu masih banyak terdapat di tanah besar Australia, walaupun burung ini mengelakkan kawasan-kawasan yang penuh sesak atau terlalu kering, serta hutan-hutan padat.

Burung Emu mempunyai bulu lembut yang berwarna coklat dan boleh mencapai ketinggian sebanyak dua meter dan berat sebanyak 45 kilogram. Burung ini ialah haiwan berkelana, dan boleh membuat perjalanan jarak panjang untuk mencari makanan yang termasuk berbagai-bagai tumbuhan dan serangga. Jika perlu, burung ini boleh mencapai 50 kilometer sejam (31 batu sejam) untuk setakat masa. Burung Emu diternakkan untuk daging, minyak, dan kulitnya.

Telurnya gelap hijau hitam Bekerja sama walaupun binatang Telur dieram oleh yang jantan.
license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS