dcsimg

Koko ( Malay )

provided by wikipedia MS
 src=
Theobroma cacao

Koko atau nama saintifiknya Theobroma cacao dari keluarga "Sterculiaceae" adalah daripada bahasa Yunani yang bermaksud makanan para dewa. Pokok koko menghasilkan buah yang bijinya diambil untuk dibuat coklat dan minuman koko.

Koko mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1920 dan penanaman secara komersial bermula pada 1950. Koko berasal dari Lembah Amazon dan lain-lain kawasan Selatan Tropika dan Amerika Tengah. Di Malaysia penanaman secara komersial apabila kaltivar Upper Amazon didapati sesuai ditanam di negara ini.

Pokok koko (Theobroma cacao) adalah kecil dengan ketinggian antara (4.5-7.5 m), merupakan pokok malar hijau dalam Famili Sterculiaceae, yang berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Benih koko biasanya digunakan untuk menghasilkan koko dan coklat.

Pokok koko tumbuh secara semulajadi pada tahap ketinggian 1,000 kaki (300 m), dan memerlukan cuaca lembab dengan hujan berkala dan tanah yang subur. Benih koko, biasanya dipanggil "beans", terkandung di dalam buah yang dikenali sebagai pod koko yang berbentuk bujur, sepanjang 15-30 cm, dan 8-10 cm lebar. Setiap pod mengandungi 20 hingga 60 biji benih dalam isi putih. Hampir 300 biji diperlukan untuk menghasilkan 1 kilogram pasta koko. Setiap benih mengandungi sejumlah besar lemak (40-50% dalam bentuk mentega koko).

Biji koko biasanya digunakan sebagai matawang pada zaman Pre-Kolumbian Mesoamerika. Di sesetengah kawasan, seperti Yucatan, biji koko masih digunakan bagi menggantikan syiling kecil sehingga akhir 1840an.

Sejarah

Koko pertama kali ditemui oleh kaum Maya dan Aztek di Amerika Selatan. Koko ketika itu dikaitkan dengan ketuhanan iaitu penyembahan dilakukan setiap kali pokok koko ditanam. Bagi kaum Aztek pula, koko dianggap sebagai minuman maharaja.

Pada masa dulu, biji koko digunakan dalam upacara-upacara keagamaan, sebagai mata wang, dan sebagai hadiah yang bernilai tinggi. Masyarakat Aztek telah mengadunkan biji koko dengan air dan tepung jagung untuk membuat minuman pahit yang mereka namakan chocolat.

Sejak itu, minuman coklat menjadi terkenal. Pada peringkat permulaan, minuman ini hanya dihidang di istana sahaja. Setelah beberapa lama, koko mula berkembang ke Sepanyol apabila biji koko dibawa pulang oleh pengembara-pengembara Eropah. Minuman coklat telah ditambah dengan perasa-perasa baru iaitu vanila dan kayu manis.

Selepas itu, penanaman koko mula tersebar ke serata dunia. Pada kurun ke-17, koko dibawa ke Asia Tenggara oleh orang Sepanyol. Di Malaysia pula, tempat penanaman koko yang pertama ialah di Melaka dalam tahun 1778.

Pautan luar

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Koko: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS
 src= Theobroma cacao