dcsimg

Burung Hantu Bertanduk ( Malay )

provided by wikipedia MS


Burung Hantu Bertanduk merupakan salah satu daripada haiwan terlindung di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Bubu coromandus dan termasuk dalam keluarga Strigidae. Ia terdapat di Bangladesh, China, India, Malaysia, Myanmar, Nepal, Pakistan, dan Thailand.

Ciri-ciri

Burung Hantu Bertanduk ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung Hantu Bertanduk mempunyai paruh tanpa gigi.

Jantung Burung Hantu Bertanduk terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Burung Hantu Bertanduk cenderung kepada kawasan berpokok dengan bekalan air. Ladang mangga, dan pokok kunyit dan pokok semak lain disukainya. Pasangan burung Hantu Bertanduk sering mendiami semak ("grove") yang sama setiap tahun.

Pembiakan

Sebagai burung, Burung Hantu Bertanduk membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Burung Hantu Bertanduk bersarang dari November hingga April. Sarangnya diperbuat dari ranting di cabang pokok besar sebaiknya berhampiran dengan air dan sering kali berhampiran penempatan manusia.

Galeri

Pautan luar


Senarai burung Burung merpati A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z
license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Burung Hantu Bertanduk: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS


Burung Hantu Bertanduk merupakan salah satu daripada haiwan terlindung di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Bubu coromandus dan termasuk dalam keluarga Strigidae. Ia terdapat di Bangladesh, China, India, Malaysia, Myanmar, Nepal, Pakistan, dan Thailand.

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS