Cyclemys ialah genus kura-kura akuatik yang biasanya merujuk kepada Kura-kura Daun Asia, daripada famili Geoemydidae. Genus ini yang wujud di Asia Tenggara dan Asia Selatan kini mengandungi tujuh spesies. Panjangnya lebih kurang 25 cm (9.8 in). Kebanyakan cangkerangnya berwarna coklat kehijauan dan tempurung (karapasnya) berbentuk seperti daun. Ia tinggal di air cetek dan kawasan hutan. Kura-kura dewasa bersifat kedaratan berbanding kura-kura muda yang lebih bersifat akuatik.
Kura-kura Cyclemys mempunyai karapas yang bulat, biasanya hijau gelap, berwarna tan, kekuningan. Cangkerangnya mempunyai jalur vertebral dari kepala ke ekor. Skut marginalnya wujud pada kura-kura muda berbanding dewasa.
Taburan setiap spesies Cyclemys masih tidak diketahui, namun genus ini sering dijumpai di Asia Selatan dan Indochina (Vietnam, Myanmar, Laos, Kemboja, Myanmar, Thailand, tengah dan selatan China, Bangladesh, Nepal, dan timur laut India), serta negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Filipina.[1]
Terdapat tujuh spesies:
Cyclemys ialah spesies yang sering ditangkap dan dijual sama ada di kedai haiwan, dijadikan makanan, atau sebagai ubat tradisional.[2] Pada 25 Ogos 1998, Jabatan Perhutanan Vietnam telah menyita lebih kurang 700 ekor kura-kura termasuklah 30 ekor disahkan sebagai C. oldhamii.[3] Pada bulan Mei 2007, lebih daripada 3000 ekor Cyclemys, bersama dengan Kura-kura Katup Asia, berjaya diselamatkan di Yangjiang, China.[4]