Merbok atau Geopelia adalah satu genus kecil burung merbok yang bersaiz kecil dan berekor panjang. Ia berasal dari Asia Tenggara dan Australasia dan biasa ditemui di kawasan terbuka dan semak samun. Diet makanannya tertumpu pada bijiran dan anak benih yang ia temui semasa mencari makanan di atas tanah. Merbok biasanya bertelur sebanyak dua biji di dalam sarang yang ringkas yang terbuat dari ranting dan rumput. Bulunya kebanyakan berwarna kelabu-perang dengan satu corak titik atau garis. Merbok Balam dan merbok Berlian merupakan dua spesies yang biasa dibela dalam kurungan.
Merbok adalah sejenis burung yang jinak dan boleh dipelihara di dalam sangkar terbuka. Suara burung merbok amat merdu. Di dalam semak atau belukar, kita boleh lihat burung merbok terbang berdua-duaan. Burung ini sentiasa sahaja berpasangan. Jika seekor burung kita pelihara dan seekor lagi mati, tidak lama kemudian burung kedua akan mati juga. [1][2]
Merbok atau Geopelia adalah satu genus kecil burung merbok yang bersaiz kecil dan berekor panjang. Ia berasal dari Asia Tenggara dan Australasia dan biasa ditemui di kawasan terbuka dan semak samun. Diet makanannya tertumpu pada bijiran dan anak benih yang ia temui semasa mencari makanan di atas tanah. Merbok biasanya bertelur sebanyak dua biji di dalam sarang yang ringkas yang terbuat dari ranting dan rumput. Bulunya kebanyakan berwarna kelabu-perang dengan satu corak titik atau garis. Merbok Balam dan merbok Berlian merupakan dua spesies yang biasa dibela dalam kurungan.
Merbok adalah sejenis burung yang jinak dan boleh dipelihara di dalam sangkar terbuka. Suara burung merbok amat merdu. Di dalam semak atau belukar, kita boleh lihat burung merbok terbang berdua-duaan. Burung ini sentiasa sahaja berpasangan. Jika seekor burung kita pelihara dan seekor lagi mati, tidak lama kemudian burung kedua akan mati juga.