Kakaktua Jambul Sulphur, Cacatua galerita adalah sejenis kakaktua putih bersaiz besar yang boleh ditemui di habitat hutan di Australia dan New Guinea. Jumlahnya populasi burung ini di negara ini adalah banyak sehingga ia dianggap sebagai haiwan perosak. Kakaktua Jambul Sulphur terkenal dalam budaya unggas bagi dijadikan haiwan kesayangan.
Di Australia, Kakaktua Jambul Sulphur boleh didapati dengan meluas di bahagian utara dan timur, sehingga sejauh Tasmania di selatan. Ia bagaimanapun menjauhi kawasan gersang tanah besar yang mempunyai sedikit pokok. Kakaktua Jambul Sulphur juga membiak dengan baik di kawasan bandar seperti di Adelaide, Melbourne, Canberra, Sydney dan Brisbane. Kecuali kawasan tanah tinggi, Kakaktua Jambul Sulphur juga ditemui di kebanyakan kawasan di New Guinea dan pulau-pulau yang berhampiran seperti Waigeo, Misool dan Aru, dan pelbagai pulau di Teluk Cenderawasih dan Teluk Milne.
Terdapat empat subspesies yang dikenal pasti;
|isbn=
value: length (bantuan).Kakaktua Jambul Sulphur, Cacatua galerita adalah sejenis kakaktua putih bersaiz besar yang boleh ditemui di habitat hutan di Australia dan New Guinea. Jumlahnya populasi burung ini di negara ini adalah banyak sehingga ia dianggap sebagai haiwan perosak. Kakaktua Jambul Sulphur terkenal dalam budaya unggas bagi dijadikan haiwan kesayangan.