Burung Merak Pongsu atau juga burung Kuang Pongsu (bahasa Inggeris: Malayan peacock pheasant) tinggal di hutan-hutan tanah pamah Semenanjung Malaysia. Nama saintifiknya adalah "Polypectron malacensis".[2] Pada suatu ketika, spesies ini amat biasa ditemukan di Malaysia dan Thailand serta juga dilaporkan di Myanmar, Singapura, dan Sumatera. Bagaimanapun, burung ini telah hilang dari kebanyakan taburannya yang dahulu dan kini hanya terdapat di Semenanjung Malaysia tengah. Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu. [3]
Bersama-sama Burung Merak Borneo — spesies kembarnya — dan Burung Merak Palawan yang lebih jauh kaitannya, Burung Merak Pongsu merupakan kumpulan asas untuk genus Polypectron; penyebarannya mungkin berlaku pada Zaman Pliosen (Kimball et al. 2001) [4]. Pada masa-masa awal, Burung Merak Borneo biasanya dianggap sebagai salah satu subspesies Burung Merak Pongsu.
Diakibatkan oleh kehilangan habitat yang berterusan, jumlah burung ini yang kecil, serta taburan yang terhad, Burung Merak Pongsu dinilaikan sebagai burung rentan dalam Senarai Merah IUCN untuk Spesies Terancam, dan tersenarai dalam Lampiran II CITES.
Saiz Burung Merak Pongsu sederhana antara 40 - 53 sentimeter panjangnya. Warna bulunya keperang-perangan dengan bintik-bintik hitam, dan jambulnya yang panjang berwarna hijau biru tua. Kulit mukanya yang botak berwarna merah, dengan iris matanya berwarna putih kebiru-biruan. Oselus bulu-bulu tubuh atasan berwarna hijau, dan ekor Burung Merak Pongsu mempunyai 22 lembar bulu.
Burung Merak Pongsu betina mempunyai bulu pelepah seperti burung jantan tetapi warnanya lebih pudar. Ia juga mempunyai ekor yang lebih pendek, muka berwarna kuning kemerah-merahan, serta tompok hitam yang samar-samar pada sekeliling matanya.
Burung Merak Pongsu merupakan sejenis haiwan pemalu dan jarang kelihatan. Amat jarang burung Merak Pongsu dijumpai dalam kumpulan kecil, tetapi sebaliknya berkeliaran secara bersendirian atau berpasangan.
Burung Merak Pongsu mengawan dari bulan Februari hingga akhir bulan Julai biasanya dalam musim buah, di mana burung Merak Pongsu akan menjadi aktif dan bising. Bunyi Merak jantan bagaikan ayam berkokok yang bising, seakan-akan suara jeritan kuat dan siulan lantang yang merdu. Di Taman Negara, burung Merak Pongsu boleh dijumpai di salah satu laluan sepanjang hutan rimba.
Burung Merak Pongsu merupakan haiwan bukan pemangsa, dengan makanan utamanya terdiri daripada bijirin, dan serangga kecil.
Sebagai burung, burung Merak Pongsu membiak dengan cara mengeluarkan telur yang mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.
Burung Merak Pongsu atau juga burung Kuang Pongsu (bahasa Inggeris: Malayan peacock pheasant) tinggal di hutan-hutan tanah pamah Semenanjung Malaysia. Nama saintifiknya adalah "Polypectron malacensis". Pada suatu ketika, spesies ini amat biasa ditemukan di Malaysia dan Thailand serta juga dilaporkan di Myanmar, Singapura, dan Sumatera. Bagaimanapun, burung ini telah hilang dari kebanyakan taburannya yang dahulu dan kini hanya terdapat di Semenanjung Malaysia tengah. Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu.
Bersama-sama Burung Merak Borneo — spesies kembarnya — dan Burung Merak Palawan yang lebih jauh kaitannya, Burung Merak Pongsu merupakan kumpulan asas untuk genus Polypectron; penyebarannya mungkin berlaku pada Zaman Pliosen (Kimball et al. 2001) . Pada masa-masa awal, Burung Merak Borneo biasanya dianggap sebagai salah satu subspesies Burung Merak Pongsu.
Diakibatkan oleh kehilangan habitat yang berterusan, jumlah burung ini yang kecil, serta taburan yang terhad, Burung Merak Pongsu dinilaikan sebagai burung rentan dalam Senarai Merah IUCN untuk Spesies Terancam, dan tersenarai dalam Lampiran II CITES.