Buah letup atau physalis (/[invalid input: 'icon']ˈfaɪsəlɪs/, kadangkala /faɪˈseɪlɪs/)[2] ialah sebuah tumbuhan berbunga genus dalam famili nightshade (Solanaceae). Genus ini dikenali dengan ciri buah jingga kecil tak ubah tomato, namun terlindung atau semiterlindung dalam kulit kekertas besar yang berasal daripada kaliks. Banyak spesies Physalis dipanggil groundcherry.[3] Satu nama bagi Physalis peruviana ialah Cape Gooseberry, jangan dikelirukan dengan gooseberry benar, yang berada dalam genus Ribes dalam famili Grossulariaceae.
Pokok ini merupakan tumbuhan herba yang tumbuh 0.4–3 m tinggi, serupa dengan tomato biasa - saudaranya - namun lazimnya dengan batang yang lebih tegar dan tegak; ia boleh jadi pokok tahunan atau saka. Kebanyakannya memerlukan matahari penuh dan suhu hangat hingga panas. Sesetengah spesies sensitif terhadap fros, walaupun yang lain seperti P. alkekengi (tanglung) tahan sejuk dahsyat ketika dorman pada musim sejuk.
Pokok ini tumbuh dalam kebanyakan jenis tanah dan dapat tumbuh elok dalam tanah tidak subur dan pasu. Ia memerlukan banyak air semasa tahun pertumbuhan, hingga mencapai waktu buah masak. Pokok ini terdedah kepada banyak penyakit dan perosak tomato biasa; perosak lain seperti afid, lalat putih, hamama lelabah, dan kumbang Leptinotarsa juncta juga menyerangnya. Pembiakan ialah melalui biji benih.
Buah letup atau physalis (/[invalid input: 'icon']ˈfaɪsəlɪs/, kadangkala /faɪˈseɪlɪs/) ialah sebuah tumbuhan berbunga genus dalam famili nightshade (Solanaceae). Genus ini dikenali dengan ciri buah jingga kecil tak ubah tomato, namun terlindung atau semiterlindung dalam kulit kekertas besar yang berasal daripada kaliks. Banyak spesies Physalis dipanggil groundcherry. Satu nama bagi Physalis peruviana ialah Cape Gooseberry, jangan dikelirukan dengan gooseberry benar, yang berada dalam genus Ribes dalam famili Grossulariaceae.