dcsimg

Pokok Saga Daun Tumpul ( Malay )

provided by wikipedia MS

Pokok Saga Daun Tumpul atau kenderi batang (Adenanthera pavonina)[1] ialah sejenis pokok kayu balak.

Ia merupakan sejenis pokok berbuah dan mempunyai biji yang menarik.

 src=
Biji benih

Pokok Saga Daun Tumpul ialah spesies pokok yang digunakan sebagai balak, juga dikenali ringkasnya sebagai Saga; sinonim Adenanthera gersenii Scheff., Adenanthera polita Miq., Corallaria parvifolia Rumph. Pokok ini adalah biasa dalam kawasan tropika dunia lama. Di India, setiap bahasa memiliki namanya sendiri bagi pokok Saga (sebagai contoh di Kerala ia dikenali sebagai Manchadi). Ia juga diperkenalkan di negara berikut di Benua Amerika: Brazil, terutamanya di Caatinga ; Costa Rica, Honduras, Cuba, Jamaica, Puerto Rico, Trinidad, Tobago, Venezuela, dan Amerika Syarikat, terutamanya di selatan Florida.

Alkaloid

Beberapa akaloid telah diasingkan dari Adenanthera pavonina termasuk pilocarpine, pilocarpidine dan physostigmine.

Kegunaan

Pokok ini berguna bagi pengikat nitrogen, dan sering dituai bagi makanan ternakan, tumbuhan perubatan, dan tanaman hiasan taman dan pokok di bandar. Biji benihnya yang cantik digunakan sebagai manik dan bagi rantai, dan kualiti berzatnya (biji benih mentah adalah beracun tetapi boleh dimakan selepas di masak), telah menyumbang bagi penyebarannya. E. J. H. Corner menyatakan bahawa di India, biji benihnya telah digunakan selama wujudnya rekod sejarah sebagai unit berat bagi ukuran kecil, bagi emas contohnya.[2] Nama Melayu bagi pokok ini, saga, telah dijejak pada perkataan Arab bagi 'tukang emas'. Ia juga merupakan nama kereta pertama Malaysia, Proton Saga.

Bunga kecil, kekuningan tumbuh dalam rimbunan kepala bunga melendut seperti ekor tikus. Pod melengkung tergantung, dengan kembung bertentangan bagi setiap biji benih, pecah dua setiap satu mendedahkan biji benih merah saga yang keras. Pucuknya boleh dimasak dan dimakan. Kayunya yang amat keras digunakan bagi menghasilkan bot, perabut dan kayu api.

Pokok ini digunakan bagi menghasilkan sabun, [3] dan pewarna merah boleh dihasilkan dari pokoknya.

Dos tinggi hasilan biji benih menunjukkna kesan antioksida dalam kajian pada tikus.[4]

Rujukan

  1. ^ INDEX TO SCIENTIFIC NAMES of Tropical Tree Species along with their Vernacular Names
  2. ^ E. J. H. Corner, "Wayside Trees of Malaya: Vol. I", Malayan Nature Society, 4th ed., 1997
  3. ^ Species used for Soap, Dr. Duke's Phytochemical and Ethnobotanical Databases
  4. ^ Olajide O.A., Echianu C.A., Adedapo A.D., Makinde J.M. (2004). "Anti-inflammatory studies on Adenanthera pavonina seed extract". Inflammopharmacology. 12 (2): 196–202. doi:10.1163/1568560041352310. PMID 15265320.Selenggaraan CS1: Pelbagai nama: senarai pengarang (link)

Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pokok Saga Daun Tumpul
license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Pokok Saga Daun Tumpul: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS

Pokok Saga Daun Tumpul atau kenderi batang (Adenanthera pavonina) ialah sejenis pokok kayu balak.

Ia merupakan sejenis pokok berbuah dan mempunyai biji yang menarik.

 src= Biji benih