Graptemys versa juga dikenali sebagai Kura-kura Peta Texas ialah spesies kura-kura dari keluarga Emydidae yang berasal dari selatan Amerika Syarikat. Haiwan ini semakin popular dijadikan peliharaan dan populasinya semakin bertambah.
Kura-kura ini dijumpai di tengah Texas terutamanya di Sungai Colorado, iaitu di dataran tinggi Edwards.
Graptemys versa ialah antara kura-kura peta terkecil; kura-kura betina bersaiz 12.5 cm (5.0 in).[3] Jantan pula lebi kecil, iaitu sekitar 9.0 cm (3.5 in).[4] Lunas pada belakang cangkerangnya tidak berwarna hitam, dan terdapat bentuk J pada kepalanya yang jelas kelihatan.
Makanan utamanya terdiri daripada moluska, serangga, udang kecil, dan tumbuh-tumbuhan.