Serangga kadis (bahasa Inggeris:caddisfly) ialah sejenis serangga dalam order Trichoptera dengan kira-kira 12,000 spesies yang dikenalpasti.[1] Trichoptera ialah serangga seperti kupu-kupu kecil mempunyai dua pasang sayap membran berbulu. Trichoptera bersaudara dekat dengan Lepidoptera (kupu-kupu dan rama-rama) yang mempunyai sisik pada sayapnya, dan kedua-dua membentuk superorder Amphiesmenoptera. Trichoptera mempunyai larva akuatik dan dijumpai di pelbagai jenis habitat seperti sungai, tasik dan kolam. Larva daripada banyak spesies membuat sarung perlindungan sutera yang dihiasi dengan kerikil, pasir, ranting atau serpihan lain. Nama "Trichoptera" berasal daripada bahasa Greek: θρίξ (thrix, "rambut") + πτερόν (pteron, "sayap").
Serangga kadis (bahasa Inggeris:caddisfly) ialah sejenis serangga dalam order Trichoptera dengan kira-kira 12,000 spesies yang dikenalpasti. Trichoptera ialah serangga seperti kupu-kupu kecil mempunyai dua pasang sayap membran berbulu. Trichoptera bersaudara dekat dengan Lepidoptera (kupu-kupu dan rama-rama) yang mempunyai sisik pada sayapnya, dan kedua-dua membentuk superorder Amphiesmenoptera. Trichoptera mempunyai larva akuatik dan dijumpai di pelbagai jenis habitat seperti sungai, tasik dan kolam. Larva daripada banyak spesies membuat sarung perlindungan sutera yang dihiasi dengan kerikil, pasir, ranting atau serpihan lain. Nama "Trichoptera" berasal daripada bahasa Greek: θρίξ (thrix, "rambut") + πτερόν (pteron, "sayap").
Larva serangga kadis dengan sarung mudah alih serpihan batu
Larva serangga kadis muncul dari sarung diperbuat daripada bahan tumbuhan
Pupa serangga kadis
Gambar dekat sarung larva seranga kadis. BC, Canada
"Jaring" yang dibuat oleh larva serangga kadis. Texas, Amerika Syarikat