Burung Cenuk Birah (bahasa Inggeris: Chestnut-breasted Malkoha) ialah spesies burung Sewah Padang dalam famili Cuculidae. Burung ini hidup di kawasan Asia Tenggara yang terbentang dari Myanmar di barat sehingga Jawa Timur, Filipina, dan Borneo di timur. Nama saintifiknya Phaenicophaeus curvirostris.
Burung Cenuk Birah diperikan buat kali pertama, berdasarkan satu spesimen yang diambil dari Jawa Barat oleh George Shaw, ahli alamiah Inggeris pada 1810. Spesimen itu dikenali sebagai Cuculus curvirostris sebelum nama genus Phaenicophaeus dicipta oleh James Francis Stephens, satu lagi ahli alamiah Inggeris, pada 1815. Epitetnya diterbitkan daripada perkataan Latin, curvus "melengkung", dan rostrum "paruh".[1] Sebaliknya, nama genus diterbitkan daripada perkataan Yunani phoiniko- "merah lembayung", dan phaes "mata" atau "muka",[2] untuk merujuk kepada Phaenicophaeus pyrrhocephalus (bahasa Inggeris: Red-faced Malkoha). Bagaimanapun, 'œ' salah ditranskripsikan sebagai 'æ'.[3]
Enam subspesies telah diiktiraf:
Burung Cenuk Birah merupakan burung sewah padang yang besar, iaitu antara 42 hingga 49 sentimeter (17 - 19 inci). Warnanya adalah seperti yang berikut: [4]
Tidak terdapat banyak dimorfisme seks, dengan kedua-dua burung jantan dan burung betina kelihatan serupa bulunya. Bagaimanapun, burung jantan mempunyai iris yang berwarna biru pecat, manakala iris burung betina berwarna kuning.
Burung Cenuk Birah makan: [4]
Musim pembiakan Burung Cenuk Birah berbeza-beza antara satu lokasi dengan yang lain. Di Borneo, musim pembiakan adalah antara Ogos hingga Disember, manakala di kawasan Asia Tenggara yang lain, musimnya antara Januari hingga September. Berbeza dengan banyak burung sewah padang yang lain, burung ini membina sarang dan membesarkan anak sendiri.[5]
Kedua-dua burung jantan dan burung betina berpasangan dan membina sarang dengan menggunakan dahan kecil dan ranting, dilapisi dengan daun. Saiznya sekitar 35 sentimeter (14 inci),[4] dengan lekukannya sekitar 11 sentimeter (4 inci) diameternya dan sekitar 5 sentimeter (2 inci) dalamnya.
Dua atau tiga biji telur putih kusam bersaiz 34 x 28 mm dihasilkan setiap kali. Pengeraman telur dilakukan oleh kedua-dua burung betina dan burung jantan, dengan telur itu biasanya menetas, 13 hari selepas ditelurkan. Anak burung diberi makanan oleh kedua-dua ibu bapanya selama 11 hari.[5]
Burung Cenuk Birah (bahasa Inggeris: Chestnut-breasted Malkoha) ialah spesies burung Sewah Padang dalam famili Cuculidae. Burung ini hidup di kawasan Asia Tenggara yang terbentang dari Myanmar di barat sehingga Jawa Timur, Filipina, dan Borneo di timur. Nama saintifiknya Phaenicophaeus curvirostris.