dcsimg

Colubridae ( Malay )

provided by wikipedia MS

Colubridae (dari bahasa Latin coluber, ular) merupakan sebuah famili ular. Dengan 304 genus dan 1,938 spesies, Colubridae merupakan spesies ular terbesar yang merangkumi sekitar dua pertiga daripada semua spesies ular yang ada. Spesies-spesies yang terawal dalam famili ini disusur-galurkan pada epok Oligosen. Spesies-spesies Colubridae ditemui di setiap benua kecuali Antartika.[1]

Keterangan

Biarpun kebanyakan Colubridae tidak berbisa (atau menghasilkan bisa yang tidak diketahui bahayanya kepada manusia) dan rata-rata tidak berbahaya, namun beberapa kumpulan seperti genus Boiga mampu membuat patukan yang perlu dirawat segera, sementara boomslang, ular ranting dan genus Rhabdophis dari Asia turut dilaporkan membunuh manusia.[1][2]

Sesetengah Colubridae disifatkan sebagai opistoglifus, iaitu mempunyai gigi panjang beralur yang terletak di belakang rahang atas. Kegigian opistoglifus muncul sekurang-kurangnya dua kali dalam sejarah ular.[2] Berbeza sekali bagi ahli-ahli Viperidae dan Elapidae yang siungnya terletak di hadapan.[1][2]

Pengelasan

Colubridae bukan sebuah kumpulan semula jadi, kerana kebanyakan ahlinya lebih rapat bersaudara dengan kumpulan lain seperti ahli-ahli Elapidae daripada satu sama lain.[3] Famili ini pada asalnya merupakan takson 'bakul sampah' untuk ular-ular yang tidak sesuai tergolong dalam kumpulan-kumpulan lain.[4] Adalah diharap agar penyelidikan yang berterusan akan mengaturkan hubung kait di dalam kumpulan ini.

Subfamili Boodontinae

Subfamili Calamariinae

Subfamili Colubrinae - hampir 100 genus

Subfamili Dipsadinae

Subfamili Homalopsinae - sekitar 10 genus

Subfamili Natricinae - sekitar 30 genus

  • Xenochrophis


Subfamili Pareatinae - 3 genus

Subfamili Psammophiinae

Subfamili Pseudoxenodontinae

Subfamili Pseudoxyrhophiinae - sekitar 20 genus

Subfamili Xenodermatinae

Subfamili Xenodontinae - sekitar 55-60 genus

incertae sedis

Rujukan

  1. ^ a b c Bauer, Aaron M. (1998). Cogger, H.G. & Zweifel, R.G., penyunting. Encyclopedia of Reptiles and Amphibians. San Diego: Academic Press. m/s. 188–195. ISBN 0-12-178560-2.Selenggaraan CS1: Pelbagai nama: senarai editor (link)
  2. ^ a b c Bruna Azara, C. 1995. Animales venenosos. Vertebrados terrestres venenosos peligrosos para el ser humano en España. Bol. SEA, 11: 32-40
  3. ^ Lawson, R; Slowinski, J.B.; Crother, B.I.; Burbrink, F.T. (2005). "Phylogeny of the Colubroidea (Serpentes): New evidence from mitochondrial and nuclear genes" (PDF). Molecular Phylogenetics and Evolution. 37: 581–601. doi:10.1016/j.ympev.2005.07.016. PMID 16172004.Selenggaraan CS1: Pelbagai nama: senarai pengarang (link)
  4. ^ Fry, B.G.; Vidal, N.; van der Weerd, L.; Kochva, E.; Renjifo, C. (2009). "Evolution and diversification of the Toxicofera reptile venom system". Journal of Proteomics. 72: 127–136.Selenggaraan CS1: Pelbagai nama: senarai pengarang (link)

Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Colubridae.
license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Colubridae: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS

Colubridae (dari bahasa Latin coluber, ular) merupakan sebuah famili ular. Dengan 304 genus dan 1,938 spesies, Colubridae merupakan spesies ular terbesar yang merangkumi sekitar dua pertiga daripada semua spesies ular yang ada. Spesies-spesies yang terawal dalam famili ini disusur-galurkan pada epok Oligosen. Spesies-spesies Colubridae ditemui di setiap benua kecuali Antartika.

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS