dcsimg

Harimau Dahan Borneo ( Malay )

provided by wikipedia MS

Harimau Dahan Borneo (Neofelis diardi) merupakan sejenis kucing liar bersaiz sederhana yang boleh ditemui di Borneo, Sumatra dan Kepulauan Batu di Kepulauan Melayu. Ia dinamakan sedemikian oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) pada 14 Mac 2007 [2][3]. Walaupun kewujudannya telah diketahui ahli sains sejak awal abad ke-19, ia cuma diangkat menjadi spesies baru pada 2006, setelah lama dipercayai merupakan subspesies Harimau Dahan tanah besar (Neofelis nebulosa) [2][4]. WWF memetik Dr. Stephen O'Brien dari Institut Barah Kebangsaan A.S. sebagai berkata, "Keputusan penyelidikan genetik dengan jelas menunjukkan bahawa harimau dahan Borneo harus dipertimbangkan sebagai spesies berasingan" [5].

Pada tahun 2008, IUCN telah mengkelaskan spesies ini sebagai spesies terjejas, dengan jumlah populasi berkesan dianggarkan kurang daripada 10,000 individu matang, dan dalam pola semakin berkurang.[6]

Ciri-ciri

Harimau Dahan Borneo merupakan kucing terbesar di Borneo, dan berbadan pendek-gempal, berkeberatan kira-kira 12 hingga 25 kg (26 hingga 55 lb). Gigi taringnya 2 in (5.1 cm) panjang, yang perbandingan dengan panjang tengkoraknya adalah lebih panjang berbanding kucing-kucing ekstan lain. Ekornya boleh tumbuh sama panjang dengan badannya, menambahkan lagi keseimbangannya.

Bulunya bercorak tompok-tompok dengan hujung yang gelap, berbentuk seakan-akan awan. Walaupun kewujudannya telah diketahui oleh ahli-ahli sains sejak seawal abad ke-19, namun ia hanya baru dikenalpasti sebagai spesis sendiri pada tahun 2006, sebelumnya dianggap sebagai subspesies harimau dahan (Neofelis nebulosa).[4][2]

Rujukan

  1. ^ Wozencraft, W. C. (16 November 2005). Wilson, D. E., and Reeder, D. M. (eds), penyunting. Mammal Species of the World (edisi ke-3). Johns Hopkins University Press. m/s. ms 546. ISBN 0-8018-8221-4. Check date values in: |date= (bantuan)Selenggaraan CS1: Pelbagai nama: senarai editor (link) Selenggaraan CS1: Extra text: senarai editor (link)
  2. ^ a b c Kitchener, A.; dll. (2006-12-05). "Geographical Variation in the Clouded Leopard, Neofelis nebulosa, Reveals Two Species". Current Biology. 16 (23): 2377–2383.Selenggaraan CS1: Penggunaan eksplisit et al. (link)
  3. ^ "New Species Declared: Clouded Leopard found on Borneo and Sumatra". WWF. 2007-03-14. Dicapai 2007-03-25.
  4. ^ a b Buckley-Beason, V.; dll. (2006-12-05). "Molecular Evidence for Species-Level Distinctions in Clouded Leopards". Current Biology. 16 (23): 2371–2376.Selenggaraan CS1: Penggunaan eksplisit et al. (link)
  5. ^ "New leopard species found in Borneo". 2007-03-15. Dicapai 2007-03-25.
  6. ^ Hearn, A., Sanderson, J., Ross, J., Wilting, A., Sunarto, S. (2008). "Neofelis diardi". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2014.3. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa.Selenggaraan CS1: Pelbagai nama: senarai pengarang (link)
license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Harimau Dahan Borneo: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS

Harimau Dahan Borneo (Neofelis diardi) merupakan sejenis kucing liar bersaiz sederhana yang boleh ditemui di Borneo, Sumatra dan Kepulauan Batu di Kepulauan Melayu. Ia dinamakan sedemikian oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) pada 14 Mac 2007 . Walaupun kewujudannya telah diketahui ahli sains sejak awal abad ke-19, ia cuma diangkat menjadi spesies baru pada 2006, setelah lama dipercayai merupakan subspesies Harimau Dahan tanah besar (Neofelis nebulosa) . WWF memetik Dr. Stephen O'Brien dari Institut Barah Kebangsaan A.S. sebagai berkata, "Keputusan penyelidikan genetik dengan jelas menunjukkan bahawa harimau dahan Borneo harus dipertimbangkan sebagai spesies berasingan" .

Pada tahun 2008, IUCN telah mengkelaskan spesies ini sebagai spesies terjejas, dengan jumlah populasi berkesan dianggarkan kurang daripada 10,000 individu matang, dan dalam pola semakin berkurang.

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS