dcsimg

Monyet Dunia Lama ( Malay )

provided by wikipedia MS

Monyet Dunia Lama atau Cercopithecidae merupakan sebuah keluarga primat, dan satu-satunya keluarga dalam superkeluarga Cercopithecoidea dalam klad (atau parvorder) Catarrhini.

Monyet Dunia Lama kini berasal dari Afrika dan Asia, mendiami pelbagai jenis persekitaran baik hutan hujan tropika mahupun savana, tanah semak mahupun pergunungan, bahkan juga diketahui pernah terdapat di Eropah melalui rekod fosil. Bagaimanapun terdapat sekawan monyet yang masih wujud berkeliaran di Gibraltar (Eropah) kini. Monyet Dunia Lama termasuklah kebanyakan spesies primat bukan manusia yang sedia diketahui umum seperti babun dan kera.

Ciri-ciri

Monyet Dunia Lama bersaiz sederhana ke besar. Ada yang tinggal di pokok dan ada yang tinggal di atas tanah sahaja. Jenis yang kecil sekali ialah talapoin dengan kepanjangan kepala ke tubuh 34–37 cm dan berat 0.7–1.3 kilogram, sementara yang terbesar ialah mandril jantan (sedangkan mandril betina jauh lebih kecil), pada panjang sekitar 70 cm dan berat sebanyak 50 kilogram.[2]

Dari segi rupa luaran, monyet Dunia Lama berbeza dengan mawas kerana mempunyai ekor (nama keluarganya bermaksud "mawasa berekor"), malah bezanya lagi dengan monyet Dunia Baru adalah ekornya tidak mencekau. Secara teknikal, perbezaan monyet Dunia Lama dan Dunia Baru bergantung pada struktur hidung, malah perbezaan monyet Dunia Lama dengan mawas bergantung pada kegigian (bilangan gigi sama bagi kedua-dua pihak, tetapi berlainan bentuknya). Lubang hidung monyet Dunia Baru menghadap ke sisi sementara lubang hidung monyet Dunia Lama menghadap ke bawah. Antara perbezaan lain termasuklah ektotimpanik (tulang telinga) berbentuk tiub, dan lapan batang geraham kecil berbanding 12 batang pada monyet Dunia Baru. Maka formula gigi monyet Dunia Lama ialah: 2.1.2.3 2.1.2.3 {displaystyle { frac {2.1.2.3}{2.1.2.3}}} {displaystyle {	frac {2.1.2.3}{2.1.2.3}}}

 src=
Fosil Paracolobus chemeroni

Pengelasan

Terdapat dua subkeluarga yang diperakui, iaitu Cercopithecinae yang tertumpu di Afrika tetapi mencakupi genus Macaca yang pelbagai di Asia dan Afrika Utara; dan Colobinae yang mencakupi kebanyakan genus Asia dan juga monyet Colobus Afrika.

Rujukan

  1. ^ Groves, Colin (16 November 2005). Wilson, D. E., dan Reeder, D. M. (ed.), penyunting. Mammal Species of the World (edisi ke-3). Percetakan Universiti Johns Hopkins. m/s. 152–178. ISBN 0-801-88221-4.Selenggaraan CS1: Pelbagai nama: senarai editor (link) Selenggaraan CS1: Extra text: senarai editor (link)
  2. ^ Brandon-Jones, Douglas & Rowell, Thelma E. (1984). Macdonald, D., penyunting. The Encyclopedia of Mammals. New York: Facts on File. m/s. 370–405. ISBN 0-87196-871-1.Selenggaraan CS1: Pelbagai nama: senarai pengarang (link)
license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Monyet Dunia Lama: Brief Summary ( Malay )