dcsimg

Kumbang ( Malay )

provided by wikipedia MS

Coleoptera (disebut /koʊliːˈɒptərə/), spesies biasanya dipanggil Kumbang ialah order serangga yang terbesar, dan mengandungi lebih banyak spesies daripada order lain dalam alam haiwan, mengandungi hampir 25% daripada semua benda hidup yang dikenalpasti.[1] Kira-kira 40% daripada spesies serangga yang dikenalpasti ialah kumbang (kira-kira 400,000 spesies[2]), dan spesies baru sentiasa dijumpai. Beberapa anggaran meletakkan jumlah bilangan, yang telah dan belum dikenalpasti, sehingga setinggi 100 juta, tapi 1 juta mungkin lebih tepat.[3] Keluarga taksonomi terbesar, Curculionidae (weevil atau kumbang muncung), juga tergolong dalam order ini.

Kumbang dapat dikenali daripada ciri sayap hadapan yang tebal dan keras, berfungsi melindungi sayap belakang yang nipis apabila tidak melakukan penerbangan. Sewaktu terbang sayap belakang yang digunakan, makanala sayap hadapan terbuka dan terentang, tidak digunakan. Alat mulut kumbang terdiri daripada mandibel yang kuat digunakan untuk menggigit, mengerat atau mengunyah makanan yang terdiri daripada benda padat. Kumbang boleh di dapati di pelbagai habitat daratan maupun akuatik. Malah terdapat kumbang yang merupakan perosak bijirin yang disimpan, seperti kumbang beras dan kumbang tepung.

Rujukan

  1. ^ Powell, Jerry A. (2009). "Coleoptera". dalam Resh, Vincent H.; Cardé, Ring T. Encyclopedia of Insects (edisi 2 (illustrated)). Academic Press. m/s. 1132. ISBN 9780123741448. Dicapai 14 November 2010.
  2. ^ P. M. Hammond 1992. Species inventory. pp. 17–39 in Global Biodiversity, Status of the Earth’s Living Resources, B. Groombridge, ed. Chapman and Hall, London. 585 pp.
  3. ^ Arthur D. Chapman (2009). Numbers of Living Species in Australia and the World (PDF) (edisi 2nd). Department of the Environment, Water, Heritage and the Arts. ISBN 978-0-642-56861-8. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 2009-10-07.

Pautan luar

Ketahui lebih lanjut tentang Beetle di projek saudara Wikipedia:  src= Takrifan dari Wikikamus
 src= Imej dan media dari Commons
 src= Sumber pembelajaran dari Wikiversity
 src= Berita dari Wikiberita
 src= Petikan dari Wikipetikan
 src= Teks sumber dari Wikisumber
 src= Buku teks dari Wikibuku
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Kumbang Wikibuku Dichotomous Key mempunyai sebuah laman berkenaan topik: Coleoptera

Global

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Kumbang: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS

Coleoptera (disebut /koʊliːˈɒptərə/), spesies biasanya dipanggil Kumbang ialah order serangga yang terbesar, dan mengandungi lebih banyak spesies daripada order lain dalam alam haiwan, mengandungi hampir 25% daripada semua benda hidup yang dikenalpasti. Kira-kira 40% daripada spesies serangga yang dikenalpasti ialah kumbang (kira-kira 400,000 spesies), dan spesies baru sentiasa dijumpai. Beberapa anggaran meletakkan jumlah bilangan, yang telah dan belum dikenalpasti, sehingga setinggi 100 juta, tapi 1 juta mungkin lebih tepat. Keluarga taksonomi terbesar, Curculionidae (weevil atau kumbang muncung), juga tergolong dalam order ini.