Biawak Air (bahasa Inggeris: Water Monitor) atau nama saintifiknya Vavanus salvator
Biawak air, (Varanus salvator) adalah spesies besar biawak yang mampu membesar sehingga lebih 3 meter (9.8 kaki) panjang, dengan saiz purata kebanyakan biawak matang sekitar 2.5 meter (8.9) panjang. Berat maksima Varanus salvator adalah lebih 90 kg, tetapi kebanyakannya adalah separuh saiz tersebut. Badannya berotot dengan ekor panjang, berkuasa, mampan secara melintang ("laterally"). Biawak air merupakan salah satu biawak yang biasa didapati di Asia, dan terdapat dari Sri Lanka, India, Indochina, Semenanjung Malaysia dan pelbagai pulau di Indonesia, hidup berhampiran dengan air.
Nama [genus]] Varanus terhasil dari perkataan bahasa Arab waral (ورل), yang diterjemah sebagai "pantau / monitor" dalam bahasa Inggeris. Nama spesies adalah bahasa Latin bagi "Penyelamat/Saviour" menunjukkan kemungkinannya konotasi keugamaan.[1] Biawak air kadang kala dikelirukan dengan Biawak Buaya ("Crocodile monitor") (V. salvadorii) disebabkan nama saintifik mereka yang hampir serupa.[2]
Di Thailand, nama tempatan biawak air 'เหี้ย' (hia) digunakan sebagai kata kejian bagi perkara buruk dan jahat termasuk orang jahat. Namanya juga dianggap perkataan yang membawa nasib malang, dengan itu sesetengah orang cenderung menggunakan panggilan 'ตัวเงินตัวทอง' yang bererti 'emas dan perak' dalam bahasa Thailand bagi mengelakkan sial.
Asal maksud penghinaan ini boleh dirujuk pada masa ketika lebih ramai orang tinggal di kawasan pendalaman berhampiran dengan biawak air. Secara tradisi, orang kampong Thailand tinggal dalam rumah dua tingkat, bahagian atas sebagai tempat kediaman sementara bahagian bawah sebagai kawasan haiwan ternak seperti babi, ayam, dan anjing. Biawak air sering memasuki bahagian bawah untuk makan atau mengigit haiwan ternakan, dengan itu juga nama lain 'ตัวกินไก่' (Tua kin kai – pencuri ayam).
Spesies berikut pernah dikenali sebagai subsp[esies bagi Varanus salvator tetapi menjelang 2007 diakui sebagai spesies tersendiri.[3]
Biawak air mampu menjadi garang, menggunakan ekor, cakar, dan rahang mereka ketika berlawan. Ia handal berenang, menggunakan ridip yang boleh diangkat pada ekor mereka untuk mengarah dalam air. Biawak air merupakan haiwan maging, dan makan pelbagai makanan. Ia diketahui makan ikan, katak, tikus, burung, ketam, dan ular.[1] Ia juga diketahui memakan penyu, termasuk anak buaya dan telor buaya [4] Sebagaimana Biawak Komodo, ia sering memakan bangkai.[1]
Di Hong Kong, ia merupakan spesies dilindungi di bawah Bab 170 Ordinan Perlindungan Haiwan Liar. Di Malaysia, spesies ini adalah haiwan liar paling biasa dilihat dengan jumlah hampir separuh dari populasi kera (“macaques“). Sungguhpun banyak yang menjadi mangsa manusia melalui mangsa jalan raya dan kekejaman pada haiwan, ia masih banyak dikebanyakan negeri di Malaysia terutama di kawasan belukar pantai timur seperti Pahang dan Terengganu. Ramai budak kampung dan kelas kerja Melayu sering kali menangkap dan membunuh biawak air sebagai hiburan sungguhpun taburan luas spesies menyebabkan kurang perhating bagi pengekalan. Di negeri-negeri pantai timur Malaysia, spesies ini sering kali menjadi mangsa jalan. Di Thailand, semua biawak merupakan spesies dilindungi.[5]
Biawak air digambarkan sebagai biawak Komodo dalam filem, The Freshman (1990 film).
Biawak air di Pulau Pinang, Malaysia
|coauthors=
tidak diketahui diabaikan (guna |author=
) (bantuan); Check date values in: |date=
(bantuan)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)