dcsimg

Pokok Mambu ( Malay )

provided by wikipedia MS

Pokok Mambu atau juga dikenali sebagai Semambu (Azadirachta indica, sin. Melia azadirachta L., Antelaea azadirachta (L.) Adelb.) ialah sejenis tumbuhan dalam keluarga mahogani Meliaceae. Ia merupakan satu dari dua spesies dalam genus Azadirachta, dan tempatan di India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan. Ia tumbuh di kawasan tropika dan kawasan semi-tropika. Nama lain termasuk Neem (Bengali), Arya Veppu (Malayalam), Azad Dirakht (bahasa Parsi), Nimba (Sanskrit dan Marathi), DogonYaro (dalam sesetengah bahasa Nigeria), Margosa, Neeb (bahasa Arab), Nimtree, Vepu, Vempu, Vepa (bahasa Telugu), Bevu (bahasa Kannada), Kohomba (bahasa Sinhala), Vempu (bahasa Tamil), Tamar (bahasa Burma) dan Indian Lilac (Inggeris). Di Afrika Timur ia juga dikenali sebagai Mwarobaini (Swahili), yang bererti pokok 40, kerana ia dikatakan merawat 40 jenis penyakit.

Perubatan tradisi

Pokok Mambu dianggap sebagai pokok perubatan. Ia juga digunakan dalam upacara keugamaan Hindu dan banyak ditanam berhampiran kuil.

Penyakit campak dan cacar air (chicken pox) boleh diubati dengan menyapu ke kulit atau mandi dengan air yang diramas daun mambu. Minyak dari pokok ini yang juga dipanggil Minyak Neem digunakan sebagai bahan asas perubatan Ayuvedic di India dan juga berkesan untuk digunakan sebagai bahan anti serangga perosak tanaman dan sayuran.

Gambaran

 src=
Pokok Mambu

Galeri

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pokok Mambu

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Pokok Mambu: Brief Summary ( Malay )