dcsimg

Harimau Bintang ( Malay )

provided by wikipedia MS

Harimau bintang (Panthera pardus) ialah salah satu kucing besar dalam genus Panthera. Ia hidup di Afrika dan Asia.

Ciri-ciri

Harimau bintang biasanya mempunyai bulu berwarna kuning dengan roset gelap dan bintik, dan warna lebih cerah di bahagian bawah. Namun terdapat banyak perbezaan dalam subspesies harimau bintang yang berbeza. Terdapat juga harimau bintang yang semuanya hitam, juga dipanggil harimau kumbang hitam.

Habitat

Asalnya harimau bintang hidup di seluruh Afrika (tapi bukan di Sahara) dan Asia Selatan. Namun, hari ini banyak subspesies harimau bintang, terutamanya di Asia, diancam kepupusan, pupus atau hampir mati.

Kehidupan

Harimau bintang sangat aktif pada waktu malam. Ia dapat memanjat dengan sangat baik, dan banyak masanya tinggal di atas pokok. Ia selalunya makan mamalia sederhana besar, dan juga burung, reptilia serta serangga. Harimau bintang memburu pada waktu yang berbeza dalam sehari, dan mereka juga menggunakan cara berbeza untuk memburu.

Harimau bintang biasanya hidup sendirian dan cuba untuk tidak berjumpa dengan harimau bintang lain. Ia hanya bersama-sama apabila mengawan. Anak harimau bintang meninggalkan ibunya selepas 13 – 18 bulan.

Taksonomi

Harimau bintang (Panthera pardus) mempunyai beberapa subspesies. Sebahagian daripadanya ialah:

Subspesies Afrika:

  • Harimau bintang Afrika (Panthera pardus pardus)
  • Harimau bintang Barbary (Panthera pardus panthera)
  • Harimau bintang Sinai (Panthera pardus jarvisi)

Subspesies Asia:

  • Harimau bintang Afrika (Panthera pardus orientalis)
  • Harimau bintang Anatolia (Panthera pardus tulliana)
  • Harimau bintang Arabia (Panthera pardus nimr )
  • Harimau bintang India (Panthera pardus fusca)
  • Harimau bintang Parsi (Panthera pardus saxicolor)
  • Harimau bintang Sri Lanka (Panthera pardus kotiya)

Galeri

Rujukan

  1. ^ Cat Specialist Group (2002). Panthera pardus. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2006. IUCN 2006. www.iucnredlist.org. Dicapai pada 12 Mei 2006. Masukan pangkalan data termasuk justifikasi mengapa spesies ini berisiko rendah

Pautan luar

Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Leopard Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Harimau Bintang.
license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Harimau Bintang: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS

Harimau bintang (Panthera pardus) ialah salah satu kucing besar dalam genus Panthera. Ia hidup di Afrika dan Asia.

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS