Gorila (Inggeris: Gorilla) merupakan spesis primat masih hidup yang terbesar di Dunia. Gorila adalah primat herbivor yang tinggal di hutan-hutan di Afrika tengah. Gorila dibahagikan kepada dua spesis iaitu Gorila Timur (Gorilla beringei) dan Gorila Barat (Gorilla gorilla) dan mempunyai 4 hingga 5 subspesis. DNA gorila sangat menyerupai Manusia, kira-kira dalam 95-99% dan merupakan saudara evolusi terdekat Manusia selepas Cimpanzi[1].
Perkataan "Gorilla" dikatakan berasal dari perkataan Yunani Γόριλλαι (Gorillai) yang bermaksud "Suku wanita yang berbulu"[2].
Gorila (Inggeris: Gorilla) merupakan spesis primat masih hidup yang terbesar di Dunia. Gorila adalah primat herbivor yang tinggal di hutan-hutan di Afrika tengah. Gorila dibahagikan kepada dua spesis iaitu Gorila Timur (Gorilla beringei) dan Gorila Barat (Gorilla gorilla) dan mempunyai 4 hingga 5 subspesis. DNA gorila sangat menyerupai Manusia, kira-kira dalam 95-99% dan merupakan saudara evolusi terdekat Manusia selepas Cimpanzi.