Span merupakan sekumpulan haiwan di bawah filum Porifera (/pɒˈrɪfərə/; bermaksud "pembawa liang"). Mereka merupakan organisma multisel yang mempunyai badan yang penuh dengan lubang-lubang dan liang-liang yang membenarkan air mengalir melalui mereka, serta terdiri daripada mesohil berbentuk jeli yang diapit antara dua lapisan sel yang nipis. Span mempunyai sel-sel yang tidak dikhususkan. Sel-sel tersebut boleh berubah menjadi sel-sel lain dan selalunya berpindah antara lapisan sel utama dan mesohil dalam satu proses. Span tidak mempunyai sistem saraf, sistem penghadaman, mahupun sistem peredaran. Sebaliknya, kebanyakan dari mereka bergantung kepada pengekalan aliran air yang berterusan melalui badan-badan mereka untuk mendapatkan makanan dan oksigen dan mengeluarkan bahan buangan
Span adalah sama dengan haiwan lain kerana mereka bersifat multisel, heterotrof, kekurangan dinding sel dan menghasilkan sel sperma. Tidak seperti haiwan lain, mereka tidak mempunyai tisu dan organ yang nyata, serta tidak mempunyai simetri badan. Bentuk badan mereka telah diadaptasikan untuk mempunyai keberkesanan pengaliran air secara maksimum melalui ringga tengah, tempat ia mendeposit nutrisi, dan dikeluarkan melalui satu lubang dipanggil oskulum. Banyak span mempunyai rangka dalaman spon dan/atau spikul kalsium karbonat atau silikon dioksida. Semua span adalah haiwan akuatik yang sesil. Walaupun terdapat spesies air tawar, tetapi majority span adalah spesies marin (air masin), meliputi zon pasang surut sehingga ke kedalaman yang melebihi 8,800 m (5.5 mi).
Sementara sebahagian besar kira-kira 5,000-10,000 spesies yang dikenali memakan bakteria dan butiran makanan yang lain di dalam air, beberapa species pula menjadi perumah kepada mikroorganisma berfotosintesis yang berperanan dalam endosimbiosis. Pakatan tersebut selalunya menghasilkan makan dan oksigen yang berlebihan daripada keperluan mereka. Sesetengah spesies span yang hidup dalam persekitaran yang kkurang makanan pula berubah menjadi karnivor yang selalu memakan krustasea yang kecil. [1]
Kebanyakan span menjalankan pembiakan seksual, melepaskan sel-sel sperma ke dalam air untuk mensenyawakan ovum. Sebahagian spesies melepaskan ovum tetapi sebahagian yang lain pula tidak, sebaliknya ditahan oleh “ibu”nya. Telur-telur yang disenyawakan membentuk [[larva]-larva yang berenang dan mencari tempat untuk dihuni. Span juga dikenali dalam penjanaan semula cebisan-cebisan yang tertanggal, walaupun ia hanya berlaku apabila cebisan-cebisan tersebut merangkumi jenis sel yang tepat. Sebahagian spesies membiah melalui percambahan. Apabila keadaan persekitaran merosot, contohnya suhu menurun, banyak spesies air tawar dan juga spesies marin menghasilkan gemul, sejenis “pod mandiri” bagi sel-sel tidak dikhususkan yang menjadi dominan sehingga keadaan bertambah baik. Selepas itu, gemul-gemul tersebut akan membentuk span yang berasingan, ataupun menjajah semula rangka-rangka ibu bapa mereka.
Mesohil berfungsi sebagai endoskeleton dalam kebanyakan span, dan satu-satunya rangka dalam span lembut yang menatah pada permukaan keras seperti batu. Secara lebih lazimnya, mesohil dikeraskan oleh spikul-spikul mineral, ataupun fiber span, mahupun kedua-duanya secara serentak. Eksoskeleton bagi demospan menggunakan spongin, dan dalam kebanyakan spesies, spikul silika dan dalam beberapa spesies, kalsium karbonat. Demospan merangkumi sekitar 90% daripada semua spesies span dikenali, termasuk semua yang air tawar, dan mempunyai rangkaian habitat terluas. Span berkapur, yakni spam yang mempunyai spikul kalsium karbonat dan, dalam beberapa spesies, pembentukan eksoskeleton kalsium karbonat, adalah terhad kepada air laut yang agak cetek di mana pengeluaran kalsium karbonat adalah paling mudah. Span gelas yang mudah pecah, dengan "sokongan" spikul silica, adalah terhad kepada kawasan kutub dan kedalaman laut di mana pemangsa jarang berlaku. Fosil semua jenis-jenis ini telah dijumpai dalam batuan bertarikh dari 580 juta tahun dahulu. Sebagai tambahan arkeosiatid, spesies di mana fosil-fosilnya sering ditemui sekitar Templat:Ma/2 juta tahun dahulu, kini dianggap sebagai sejenis span.
Koanoflagelat unisel menyerupai sel koanosit span yang digunakan untuk memandu sistem aliran air dan menangkap sebahagian besar makanan mereka. Ini bersama-sama dengan kajian filogenetik molekul ribosom telah digunakan sebagai bukti morfologi untuk mencadangkan span kumpulan adik beradik kepada seluruh haiwan.[2] Some studies have shown that sponges do not form a monophyletic group, in other words do not include all and only the descendants of a common ancestor. Recent phylogenetic analyses suggest that comb jellies rather than sponges are the sister group to the rest of animals.[3][4][5][6]
Beberapa spesies demospan yang mempunyai rangka berserabut lembut sepenuhnya dengan tiada elemen keras telah digunakan oleh manusia sejak beribu-ribu tahun untuk beberapa tujuan, termasuk sebagai penebal dan sebagai alat pembersihan. Selepas tahun 1950, apabila span-span telah diburu secara berlebihan sehinggakan industry tersebut hampir runtuh, span telah digantikan dengan bahan sintetik yang bercirikan span. Span dan endosimbion mikroskopiknya kini sedang dikaji sebagai sumber kemungkinan ubat-ubatan untuk merawat pelbagai penyakit. Dolfin telah diperhatikan menggunakan span sebagai alat ketika memburu makanan.[7]
Kumpulan span membentuk filum Porifera, dan telah diklasifikasikan sebagai metazoa yang sesil (haiwan multisel yang tidak bergerak) yang mempunyai bukaan pengambilan dan pengeluaran air yang dihubungkan dengan ruang yang disusun penuh dengan koanosit, sel-sel dengan cambuk seperti flagella. Walau bagaimanapun, beberapa span karnivor telah kehilangan sistem-sistem aliran air dan koanosit.[8] Semua span hidup dikenali boleh membentuk semula badan mereka dan kebanyakan jenis sel-sel mereka boleh bergerak dalam badan mereka dan beberapa boleh berubah dari satu jenis kepada yang lain.[8][9]
Seperdi cnidaria (ubur-ubur, dan lain-lain) dan ctenofor (selenterat laut), dan tidak serupa dengan metazoan yang lain, badan-badan span terdiri daripada jisim jeli seperti yang tidak hidup diapit di antara dua lapisan sel utama.[10][11] Kumpulan cnidaria dan ctenofor mempunyai sistem saraf yang mudah, dan lapisan sel mereka terikat dengan sambungan dalaman dan melaluui pemasangan pada membran asas (mat berserabut nipis, juga dikenali sebagai "lamina basal").[11] Span tidak mempunyai sistem saraf, lapisan pertengahan seperti jeli mempunyai populasi sel-sel yang besar dan pelbagai, dan beberapa jenis sel dalam lapisan luar mereka boleh bergerak ke dalam lapisan tengah dan menukarkan fungsi mereka.[9]
Span[9][10] Cnidaria dan ctenofor[11] Sistem saraf Tiada Ada dan ringkas Sel dalam setiap lapisan terikat bersama-sama Tidak, kecuali Homoskleromorfa mempunyai lapisan asas.[12] Ada, yakni penghubung antara sel dan membran asas Bilangan sel-sel di tengah-tengah lapisan “jeli” Banyak Sedikit Sel-sel dalam lapisan luar boleh bergerak ke dalam dan mengubah fungsi Wujud TidakSpan merupakan sekumpulan haiwan di bawah filum Porifera (/pɒˈrɪfərə/; bermaksud "pembawa liang"). Mereka merupakan organisma multisel yang mempunyai badan yang penuh dengan lubang-lubang dan liang-liang yang membenarkan air mengalir melalui mereka, serta terdiri daripada mesohil berbentuk jeli yang diapit antara dua lapisan sel yang nipis. Span mempunyai sel-sel yang tidak dikhususkan. Sel-sel tersebut boleh berubah menjadi sel-sel lain dan selalunya berpindah antara lapisan sel utama dan mesohil dalam satu proses. Span tidak mempunyai sistem saraf, sistem penghadaman, mahupun sistem peredaran. Sebaliknya, kebanyakan dari mereka bergantung kepada pengekalan aliran air yang berterusan melalui badan-badan mereka untuk mendapatkan makanan dan oksigen dan mengeluarkan bahan buangan